h1

Menonton televisi sambil melalak.

Julai 6, 2008

OK, aku benci cuti. Cuti bermakna tiada apa - apa untuk dilakukan, sekurang - kurangnya disebabkan oleh aku yang malas untuk keluar. Tiada sebab untuk aku keluar dari rumah (sewa) apabila aku boleh memasak apa yang aku mahu untuk makan.

Ya, ya, aku kelihatan seperti seorang yang, entahlah. Terlalu malas untuk melangkah kaki ke Pyramid yang berada sangat berdekatan, ataupun menaiki KTM ke pusat bandar. Apa - apalah.

Ya, aku kedengaran seperti sangat bitter. Entahlah. Kadang kala aku menjadi sebegini, sinis yang amat sangat. And I know I should apologise for my behavior. Then again, who cares?

Ok, ok, aku meminta maaf kepada rakan - rakan aku kerana tidak menyumbang apa - apa langsung kepada kalian.

Oh ya, cuti patutnya panjang lagi, tetapi aku gatal tangan untuk ke Subang lebih awal daripada biasa, semuanya disebabkan oleh aku terlibat dengan orientasi. Aku menyesal datang awal, mungkin.

Inilah masalah dengan aku, aku tidak berfikiran dengan betul. Aku mudah sahaja berubah - ubah angin. Jika aku mahu, aku mahu. Jika aku tidak mahu, jangan harap aku akan mahu, sekurang - kurangnya bukan sekarang.

Sekarang ini adalah jam 9:35 malam, dan rancangan yang ditonton oleh rakan aku adalah Karnival Sure Heboh, di TV3. Gosh, I really needs to do something, quick.

Ya, kebelakangan ini blog aku mula menjadi rojak. Dengan bahasa melayu dan inggeris bercampur aduk. Apa - apalah.

Oh ya, keputusan untuk subjek wajib diambil telah aku ketahui. Berada di universiti swasta menuntut anda mengambil subjek wajib LAN, aka Lembaga Akreditiasi Negara. Untuk semester pertama, aku mengambil Pendidikan Islam bersama - sama dengan rakan - rakan aku yang lain. Dan keputusannya telah diketahui. Seperti biasa, untuk subjek ini, aku hanya perlu lulus sahaja. Dan aku mendapat 72.5, bermakna aku telah lulus.

P/S: Orang kata tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima. Jika diberikan kesempatan, apakah anda mahu menjadi orang yang menerima daripada orang yang memberi?

P/P/S: Entri aku semakin pendek. Menarik~

h1

Keluargakah

Julai 5, 2008

Walaupun sekarang ini masih lagi cuti, aku enggan menyentuh langsung apa - apa mengenai cuti. Bukan sekarang, mungkin. Bukan selama - lamanya, pasti.

Aku pasti, ramai di antara kita telah mula mengembara, mula hidup sendiri seawal umur 13 tahun. Mula mengembara di sini membawa maksud menjaga hidup kita sendiri, tanpa kawalan orang lain, terutamanya orang yang telah menjaga kita sedari kecil.

OK, perkataan mengembara itu kelihatan tidak bersesuaian.

Siapa yang tinggal di asrama sejak form 1?

Aku tinggal di asrama sedari form 1, sehinggalah sekarang, aku tinggal berjauhan daripada keluarga aku. Secara tidak langsung, mungkin bagi aku sahaja, aku telah terbiasa tinggal sendiri, tanpa menyusahkan orang lain.

Selfish, independent, ego, apa - apalah. Cukup sukar untuk aku meminta bantuan orang lain, hatta keluarga aku sendiri. SIkap aku ini telah berjaya meraih beberapa teguran daripada ibu aku sendiri. Ungkapan yang ringkas, “Kalau ada apa - apa, cakaplah kat mak dan abah, jangan simpan sahaja.”
Akan tetapi, agak sukar untuk aku bercakap sebegitu sahaja, meminta - minta. Aku tidak gemar sedemikian, walaupun dengan keluarga aku sendiri.

Di dalam keluarga aku, sekurang - kurangnya bagi aku, aku melayan ibu bapa aku sepertimana aku melayan orang lain. Mereka adalah manusia, dan seharusnya dilayan seperti manusia. Mereka menjadi ibu bapa biologi aku tidak bermaksud aku perlu memberikan lebih layanan kepada mereka berbanding dengan layanan aku kepada orang lain. Itu sahaja, neutral. Jika mereka ada membuat silap, aku cuma berterus terang.

Jika ada orang bertanyakan akan perhubungan aku dengan keluarga aku, dan pertalian, sekiranya ada, aku tidak menjawab apa - apa. Ini kerana perhubungan aku dengan keluarga aku adalah neutral, dan tiada pertalian antara aku dengan keluarga aku. There is no such things as “bonds” within me and my family. Mudah.

h1

Cuti #3: Rekod entri yang sangat pendek.

Jun 26, 2008

Hujan di luar, bersama - sama petir. Semakin hujan lebat, semakin aku lemas dalam pemikiran aku sendiri. Dan seperti biasa, aku berasa seperti aku menipu diri aku sendiri. Cuti sangat membosankan.

OK, pertama sekali, ribut. Sebagaimana ribut di luar, begitu juga apa yang berlaku di dalam diri aku sendiri. Dari luaran, mungkin aku kelihatan paling relax, sekurang - kurangnya, itulah anggapan aku. Dalaman, entahlah.

Oleh yang sedemikian, aku telah menipu diri aku sendiri dengan menjadi orang yang aku fikir aku boleh jadi.

Mungkin ini semua disebabkan oleh cuti yang sangat panjang. Tapi apa salahnya jika aku boleh melakukan refleksi di waktu ini.

P/S: Member aku cakap muka dan gaya aku sama dengan kamen rider kabuto. Tak tahu betulkah. Heh

h1

Cuti #2 : Tag Dari Cik Nigina, aka Reisha

Jun 20, 2008

Name: Ahmad Izwandie Zahari, Wandie, Wandai,

Sisters: A single older sister and a single younger sister. Heh

Brothers: A younger bro.

Shoe size: 7 atau 8, macam sama sahaja

Height: 17X cm, 0<X<9

Where do you live: Technically, tinggal di rumah. A: rumah sewa di Sunwa or B: rumah mak bapak aku di BJ.

Favourite drinks: Kopi suam tanpa gula, terbaik jika dibuat sendiri.

Favourite breakfast: Nasi campur, sebab b/fast selalu jadi brunch.

Have you ever been on a plane: Pernah, zaman kanak - kanak jahilliah dulu.

Swam in the ocean: Juga pernah, dan juga di zaman kanak - kanak jahilliah dulu.

Fallen asleep in school: Ni memang selalu, tak kira di zaman kanak - kanak jahilliah ataupun sekarang.

Broken someone’s heart: Pernah, kedua - duanya sama ada sedar mahupun tidak.

Fell off your chair: Pernah, tapi setelah kaki kerusi ditendang oleh rakan - rakan yang baik hati. (Selalu duduk atas kerusi dua kaki sahaja).

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Errmm. Mungkin pernah, mungkin tak pernah. 3,4 tahun kebelakangan ni, tak pernah.

Saved e-mails: E-mail bagaimanakah itu? Kalau e-mail penting, sah - sah kena save

What is your room like: Bergantung pada mood aku, sama ada sangat kemas, atau sangat berselerak.

What’s right beside you: Headphone milik kakak aku yang mendendangkan lagu So7.

What’s the last thing you ate: Nasi putih + kari/gulai ikan + ikan goreng

Ever had Chicken pox: Nope, doubt will.

Sore throat: Kadang kala, cuma serak sahaja. Tak pernah hilang suara.

Stitches: Pembedahan appenditis, waktu darjah 4, hari ahad. Leher terbelah tak kena jahit pun.

Do you believe in love at first sight: Nope. Tapi macam biasa, kalau benda nak jadi, jadi juga. Irony, kes aku sekarang ini macam love at first sight.

Like picnics: Dengan member, macam menarik. Terutama jika ada banyak makanan untuk dimakan. heh.

Who was the last person you danced with: Tarian sengal -sengal? Dengan Adib, DD, Fik.

Last made you smile: Terlalu ambigious, sebab boleh jadi merujuk pada orang, mahupun objek.

You last yelled: Menjerit suka - suka? Baru - baru ini. Menjerit sebab marah? Tak suka menjerit kalau tengah bengang. heh.

TODAY DID YOU…

Talk to someone you like: Nope, hari ini cuma bercakap pada mak dan abah sahaja. Handset lupa untuk di-charge-kan.

Kissed anyone: Cium orang hari ini? Belum. Macam tak pernah (Masa kanak - kanak riang tak diambil kira, OK).

Get sick: Yup, kebelakangan ini. Headache + neckache = menyusahkan.

Talked to an ex: First, kena define apa itu ex, kalau merujuk pada pasangan selepas clash, tak pernah.

Miss someone: Ha’ah, rindu pada kanak - kanak sengal, though cuti baru saja mula.

Eat: Yup, sila rujuk The last thing you ate.

Best feeling in the world: Soalan yang tricky. Terbaik jika tiada perasaan terlibat dalam pertimbangan. Heh.

Do you sleep with stuffed animals: Nope, and never.(Again, masa kanak - kanak ribena tak dikira).

What’s under your bed: Nada, sebab tidur atas tilam. Heh

Who do you really hate : Kalau betul - betul benci, susah nak cari orangnya. Sebab aku bergantung pada angin aku hari itu. Kalau angin baik, seburuk mana orang pun aku tak kisah. Kalau angin buruk, heeee.

What time is it now: Jam di monitor menunjukkan 6:23 petang.

RANDOM…

Q: Is there a person who is on your mind right now: Nada, memikirkan perihal makanan sekarang ini.

Q: Do you want children : Yup, tapi taknak kahwin, perkahwinan itu menakutkan.

Q: Do you smile often: Sudah terjadi tabiat untuk menegur (dan senyum) pada mak dan pak guard yang ada. Dan juga mak cik cleaner.

Q: Do you like your hand-writing: Bolehlah, kalau tangan kiri, kecil dan boleh dibaca. Kalau tangan kanan, sangat besar dan boleh difahami sedikit.

Q: Are your toenails painted: Tak~

Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: Soalan yang menyebabkan aku berfikiran bukan - bukan untuk 5 saat. Tak kisah, sebab selalu tidur (a) Duduk, (b) Atas lantai.

Q: What colour shirt are you wearing: Kelabu, warna terbaik selain hitam dan putih.

Q: What were you doing at 7:00pm yesterday : Sedang tidur mungkin, takpun membaca Times edisi yang lama.

Q: I can’t wait till: Holidays’ over~(Heg, nampak macam workaholic tak?)

Q: When did you cry last: Menangis sebab menguap/mengantuk? semalam.

Q: Are you a friendly person: Mungkin ya, dan mungkin tak. Tanya member aku.

Q: Do you have any pets: Tak, sebab haiwan macam menyusahkan sahaja.

Q: Where is the person you have feelings for right now?: Sedang bergosip di dalam bilik rakan di Akasia, mungkin.

Q: Did the last person you held hands with mean anything to you now? Secara umumnya, dia patut bermaksud sesuatu. Tapi aku tidak merasakan apa - apa. Heh.

Have you ever crawled through a window?: Selalu. Ditambah dengan memanjat dinding, dan memecah masuk pintu rumah aku sendiri.

Can you handle the truth?: Mungkin, cara terbaik, jika bukan cara yang paling menyenangkan, adalah dengan memberitahu kebenaran.

Are you too forgiving?: Kena tukar kepada too forgetful. Hari ini aku bengang dengan orang, keesokan harinya aku telah terlupa perihal apa yang dilakukannya.

Are you closer to your mother or father?: Nada, aku tak rapat kepada mak atau abah aku. Mungkin sebab aku jarang berada dirumah. Heh.

Who was the last person you cried in front of? Nill, sungguhlah tiada kerja untuk menangis depan orang lain.

How many people can you say you’ve really loved? Soalan yang tricky. Aku boleh kata aku cinta akan orang lain, termasuklah kepada rakan - rakan lelaki aku. Tapi hanya aku sahaja yang tahu apa yang aku maksudkan dengan cinta itu. Heh. Oh ya, aku bukan gay.

Do you eat healthy?: Tak sepenuhnya. Makan asal kenyang sudah~

Do you still have pictures of you & your ex?: Technically speaking, aku tak pernah clash. And frankly speaking, aku tak suka ditangkap-gambarkan. Heh.

Have you ever cried because of something someone said to you?: Aku tak tahu untuk kali keberapa soalan ini muncul. Tak, dan mungkin tidak mungkin.

How often do you go to mosque(ditukar daripada church untuk kesesuaian)? Sembahyang Jumaat seminggu sekali, itu wajib. Lain dari itu, …..

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to? Kepada kanak - kanak sengal, yang merangkap sebagai rakan - rakan aku, for a good laugh, dan harapanlah untuk aku berbicara perihal bad day yang aku hadapi.

Are you loud or quiet most of the time? Benda yang ironi pada aku adalah ini, Jika aku bersama dengan orang yang aku tak kenal, aku boleh menjadi loud. Jika aku bersama dengan orang yang aku kenal secara peribadi (aka teman rapat), aku lebih kepada pendiam.

Are you confident?: Aku tak yakin pada keupayaan aku, tapi rakan - rakan aku yakin atas kemampuan aku, jadi aku menjadi yakin sebab mereka yakin.

5 things I was doing 10 years ago..

  1. Memakai seragam seluar biru tua dengan baju putih.
  2. Bermain kejar - kejaran dengan rakan - rakan aku.
  3. Menjadi seorang budak yang baik.
  4. Memotong leher sendiri, disebabkan oleh kemalangan.
  5. Mempunyai ependitis.

5 things on my to-do list today

  1. Makan
  2. Tidur
  3. Mandi
  4. Solat
  5. Online

5 snacks I enjoy

  1. Buah - buahan
  2. Potato chips
  3. Fries
  4. Yogurt
  5. Ais krim

5 things I would do if I were a billionaire

  1. Simpan duit dalam bank
  2. Hantar mak abah aku haji
  3. Suruh ahli keluarga aku supaya tak bekerja (Termasuk kakak sulung aku, heh)
  4. Bayar zakat, apa yang patut
  5. Enjoy~

5 of my bad habits

  1. Kemalasan, terutamanya kesukaan untuk menangguhkan kerja aku.
  2. Tidur, ya aku suka tidur banyak yang menyebabkan aku ada pening kepala, yang aku sering panggil sebagai hangover. heh.
  3. Tak mengambil kira sekeliling, aka oblivious. OK, aku adalah absent-minded prof.
  4. Tak jujur. Ok, aku tidak menipu, cuma memanipulasikan data yang aku ketahui, ataupun menyembunyikan apa yang aku tahu. So, aku tak menipu, dan aku tak bercakap jujur.
  5. Kutuk mengutuk, dan bermasalah sosial. Heh.

5 jobs I’ve had

  1. Cashier di Kamdar, KFC,
  2. Tukang masak di Kenny Roger Roaster
  3. Casual worker (Merangkumi set up untuk function, dan menjadi pelayan) di Vistana
  4. Design Artist sewaktu membantu pakcik aku
  5. Volunteer worker untuk beberapa event di Monash. Sebab berbayar, jadi dianggap sebagai kerja. heh.

5 people i tagged

Nada, sebab aku malas untuk mengetag orang lain. Heh.

SEKIAN TERIMA KASIH

h1

Cuti # 1

Jun 19, 2008

OK, setelah sekian lama aku tidak menuliskan sesuatu di sini, hari ini aku mendapat kesempatan untuk menulis apa yang patut.

 

Pertama sekali, peperiksaan. Peperiksaan semester aku telah tamat pada 16 haribulan yang lepas. Tapi atas beberapa sebab tertentu, cuma hari ini aku berjaya mengupdate blog aku. Keputusan peperiksaan? Aku tak tahu, lagi. Keputusan hanya akan diketahui Julai kelak. Dan dalam masa itu, aku tidak mahu memikirkan apa - apa perihal akademik. OK, mungkin bukan semua.

 

Cuti. Dari pemerhatian aku, cuti adalah peluang terbaik untuk aku menggemukkan diri aku sendiri. Setelah membabi semalaman dan juga hari ini, aku mula berasa ragu - ragu apakah berat badan aku boleh meningkat lagi. Sesuatu yang menyedihkan, apabila berat badan kau tersangatlah kurang daripada berat badan yang ideal.

 

Oh ya, sebelum aku berangkat pulang ke rumah, aku mendapat suatu hadiah. Tali leher dan dompet. Oleh yang sedemikian, aku ingin bertanya, apakah tali leher adalah hadiah yang umum untuk kaum lelaki? Ini kerana aku terasa agak banyaklah tali leher yang aku dapat, sebagai hadiah. Apakah signifikasinya? Aku tidak tahu. Dan ini membawa kepada persoalan yang kedua, apakah hadiah umum yang sesuai untuk wanita?

 

Agak awal untuk aku merumuskan apa - apa. Tapi jika keadaan ini berkekalan, boleh jadi aku akan mati kebosanan cuti ini. Bukan apa, aku tidak membawa pulang charger telefon bimbit aku. Dan kesimpulannya, rancangan yang dilakukan untuk cuti ini boleh jadi hangus sebegitu sahaja.

 

OK, kemahiran menulis aku sudah pudar. Aku tidak lagi mampu untuk mencoretkan sepanjang - panjangnya sekarang ini. Tak mengapa, masih ada masa untuk diperbaiki, mungkin.

 

OK, mahu makan sudah.

h1

The Requiem of Our Death

Jun 9, 2008

Antara sebab aku memakai baju hitam hari ini:

Peperiksaan telah bermula.

Nuff said.

h1

Satu hujan di kala petang

Jun 3, 2008

Petang makin redup, kesejukan mula terasa, aku merasakan bahawa hujan semakin hampir. Namun begitu, aku tidak mengendahkan sahaja rasa tidak sedap hatinya itu. Ulangkaji Mikroekonomi masih banyak lagi sebelum layaknya habis. Banyak lagi masa, getus hati aku. Memandangkan komputer riba rakan aku tidak digunakan, aku mengambil keputusan untuk menggunakannya buat sementara.

Rasyid dan Yumni telah lama menghilang, makan tengah hari kata mereka. Abah pula, ke surau, untuk menunaikan kewajipannya di waktu Zohor. Yang tinggal hanyalah aku dan juga D. D kelihatan begitu asyik menelaah buku dihadapannya. Dari gayanya, bagaikan dia mahu sahaja menelan buku yang dibacanya itu bulat - bulat. Tak pun direbus - rebus, lalu dimakan bersama nasi.

Sedang aku asyik melayari laman web, dentuman halilintar membelah langit. Aku tersentak seketika. hujan renyai - renyai mula membasahi lantai anjungan di tingkat empat. TIada kelihatan kelibat orang lain, melainkan aku dan juga D. Pelajar - pelajar lain yang belajar di tempat yang sama sedari pagi mula menghilangkan diri, mungkin disebabkan hujan yang membasahi bumi.

Sedang aku melayari laman web, ada kelibat gadis berhampiran. Gadis tersebut kelihatan seperti mencari - cari tempat untuk dia duduk, untuk menelaah pelajaran. Raut wajahnya seperti dia kegembiraan. Kegembiraan kerana aku, aku tidak tahu. Dari gerak langkahnya, dia bagaikan menari - nari. Memandang meja yang aku gunakan itu banyak lagi tempat kosong, aku mengambil keputusan untuk mempelawa dia duduk di meja yang sama.

“Apa kata kau duduk di sini sahaja, tempat lain nampak macam penuh sahaja.”

“Err, awak tak kisah?”

Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan. D yang bertentangan dengan aku melihat aku dengan keliru. Aku cuma tersenyum.

D: Eh, korang dah kenal ke sebelum ni?

Aku dan Dia: Takpun, ni baru jer kenal.

Aku: Alang - alang, kau ambil course apa?

Dia: Biotech, sekarang ni third year dah.

Aku dan D: Ooo, kira seniorlah ni.

Dia: Eh, korangpun biotech gak ke?

D: Ha’ah, baru first sem.

==Diam seketika, masing - masing melihat hujan yang makin menggila==

Dia: Korang, hujan ni best kan?

Aku: Eh? Agak bestlah, tapi kalau camni, lecehlah.

Dia: Leceh? Naper lak? Seronoklah study dalam hujan camni.

Aku: Sebab…. [Melihat buku yang mulai basah]

D seperti biasa, dengan muka biasanya. Dia mencadangkan supaya aku bergerak ke tempat lain kerana hujan makin lebat. Gadis itu pula mengundurkan dirinya apabila melihatkan kelibat seorang rakannya, yang aku kenali secara biasa - biasa.

Dia: OKlah korang, jumpa lagi lain kali. Tata.

Aku dan D: Ok

Setelah dia pergi, aku dan D berpandangan, kepelikan.

————————————————————-

Di bilik:

D: Wei, ko memang selamba ek?

Aku: Huh?

D: Ko nyer gaya cam kenal dengan menah tu, tapi bukannya kenalpun.

Aku: Huh?

————————————————————-

Di Medan, keesokan harinya:

Aku dan D berada di Medan untuk memuaskan nafsu makan kami. Dari gayanya, hanya aku dan D sahaja yang akan makan. Rasyid, Abah, dan Yumni telah makan di kafeteria. Aku bertanya Fik, dia baru sahaja bangun dari tidurnya. Alamatnya, agak lamalah untuk dia bersiap diri dan makan.

Sedang aku dan D makan, aku terserempak lagi dengan Gadis Itu. Dan kali ini, aku berkesempatan untuk mengetahui namanya. Dan kali ini, D tidak lagi bertanyakan sebab bagiamana aku boleh mengenali orang lain dengan agak mudah.

Remarks dia, “Ko kena campak manapun, boleh selamat dowh.”

Oh ya, nama gadis itu adalah Asyikin.

h1

KISS: Keep It Simple, Stupid

Mei 28, 2008

Aku kira aku seorang yang sangat ringkas. Sama ada penampilan, mahupun kehendak, apatahlagi pemikiran. Terlebih dahulu, apakah itu ringkas? Ringkas bagi aku adalah mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Ringkas juga boleh merujuk kepada sesuatu yang penting sahaja. Ringkas mungkin adalah sesuatu yang baik, dan seperti biasa, berdasarkan liku pemikiran aku, tiada apa yang baik, ataupun buruk semata - mata. Terlebih dahulu, biar aku terangkan sedikit sebanyak apa yang dikatakan ringkas dalam tiga aspek yang telah aku sebutkan di ayat pertama di atas.

Aku ringkas dalam penampilan. Ini boleh membawa kepada beberapa aspek, sama ada cara pemakaian aku, mahupun pemilihan penampilan aku. Bagi aku, dua aspek yang disebutkan ini sangat berhubung kait antara satu sama lain. Oleh yang sedemikian, bolehlah aku gabungkan sahaja. Cara pemakaian aku boleh dianggap normal. Tiada pakaian yang menyerupai wanita, memakai seluar apabila aku berada di tempat umum, dan pakai baju. Oh ya, kadang kala memakai jaket, blazer, dan mungkin, stoking tangan. Untuk kaki aku, aku sama ada memakai selipar jepun, ataupun kasut sahaja, Tiada high heels untuk aku. Berdasarkan spesifikasi yang disebutkan ini, aku dapat simpulkan bahawa pemakaian aku ringkas. Ada baju, seluar, baju luar, dan alas kaki. Cukup. Aku tidak seperti orang lain yang pakai bagai nak rak. Pemakaian seharian yang mengalahkan selebriti. Aku juga tidak memakai baju pagoda campur kain sarung, mahupun seluar pendek. Cukup untuk cara pemakaian, dimana aku kira semua orang normal memakai jenis pakaian yang sama dengan aku, kecuali jaket di kala tengah hari, dan stoking tangan. Aspek kedua, pemilihan penampilan aku, ini termasuklah kepada baju yang aku beli, dan barang - barang yang dianggap penting untuk menjaga penampilan diri. Baju yang aku miliki seringkali aku dapati daripada jualan murah. Asalkan menarik, dan yang lebih penting, murah, aku akan pertimbangkan untuk membeli. Oh ya, tona warna yang aku pilih adalah warna - warna konservatif, hitam, putih, kelabu, biru gelap. Ini adalah penting untuk mix’n'match. Dari ini, aku dapat simpulkan bahawa aku seorang yang ringkas. Tiada pakaian yang extravaganza.

Kehendak aku juga ringkas. Asalkan aku mempunyai tempat untuk tidur(baca, lantai), itu sudah mencukupi untuk aku tidur. Makanan, aku tidak memilih. Aku akan makan apa sahaja, terutamanya makanan yang dibelanja leh orang lain. Apa lagi yang boleh dianggap sebagai kehendak? Makan, pakaian, dan tempat tinggal. Makanan telah disebut sebelum ini, pakaian, ada satu perenggan untuk pemakaian, tempat tinggal, juga telah disebutkan. Oh ya, telefon bimbit juga dianggap sebagai suatu keperluan pada masa kini. Oleh itu, ada baiknya jika aku berbicara perihal telefon bimbit aku. Perkenalkan, Motorola L6. Mempunyai fungsi yang mencukupi untuk aku menelefon, dan bermain mesej, dimana lebih daripada mencukupi kerana aku jarang menggunakan telefon bimbit aku, kecuali sebagai jam loceng untuk aku bangun di awal pagi( baca, selepas matahari terbit, 2,3 jam). Memandangkan aku tidak menganggap telefon bimbit sebagai suatu keperluan, maka tidak hairanlah jika aku tidak mentopup kredit telefon bimbit aku sekerap rakan - rakan aku yang lain, yang perlu menelefon, atau memesej aku sekiranya ada sesuatu. Oh ya, ada suatu kehendak yang menjadi keperluan untuk aku kebelakangan ini. Bukan DotA, meskipun prioriti untuk DotA agak tinggi. Aku perlu meminum kopi, setiap pagi. Bukan kopi 3 dalam 1. Tapi kopi hitam, yang lebih popular sebagai kopi arabica. Kopi yang diperkatakan ini hanyalah kopi dan air suam. Tiada gula, mahupun susu. 1 atau 2 sudu besar kopi ( bergantung kepada keperluan) dicampur dengan air suam. Suatu nikmat di pagi hari yang akan menyebabkan aku lebih pening kepala.

Cara pemikiran aku, aku anggap sebagai sesuatu yang ringkas. Ringkas kerana aku tidak perlu untuk menekan suis off untuk menghentikan pemikiran aku. Dalam bahasa komputer, otak aku tidak mempunyai fungsi Shut Down. Yang ada hanyalah fungsi Standby, ketika aku sedang tidur. Lain dari itu, otak aku sentiasa On. Heh. Memang ringkas.

Hmm. Kebelakangan ini terdapat entri aku yang kurang munasabah, seperti entri ini. Tapi adalah suatu harapan untuk aku mendeletekan entri - entri sebegini. Tahniah kerana masa anda dapat dibazirkan dengan membaca entri ini.

h1

Tali?

Mei 28, 2008

Aku tidak percaya pada persahabatan yang kekal selama - lamanya. Mengapa? Aku ada tiga sebab untuk berkata sedemikian. Pertama, janji. Kedua, masa depan, dan ketiga, kepentingan diri.

Ini mungkin mengelirukan, tapi ini tidak bermakna aku memprotes rakan aku yang berharap aku boleh menjadi seorang sahabat. Aku boleh bersahabat selama yang mungkin, tapi untuk aku percaya bahawa persahabatan itu sesuatu yang berkekalan, maaf, aku tidak mampu. Ini berpunca pada tiga sebab yang telah aku sebutkan di atas.

Sebab yang pertama, janji. Acapkali antara sahabat, ada suatu janji, sama ada secara langsung, mahupun secara tidak langsung. Janji di mana mereka akan sentiasa bersama selama - lamanya. Aku tidak boleh menerimanya kerana bagi aku, suatu janji adalah tanggungjawab yang berat. Jika kau berjanji, maka sama ada kau mahu ataupun tidak, kau terpaksa menunaikan janji yang telah kau ucapkan. Dari suatu aspek, janji mengikatkan kau kepada suatu tanggungjawab, tanggungjawab yang bagi aku agak berat. Dan bagi aku, suatu yang terkeluar daripada mulut, sama ada secara sedar mahupun tidak, adalah janji. Contoh termudah, jika seseorang berkata dimana sekali menjadi sahabat, selama - lamanya menjadi sahabat. Kenyataan ini, bagi aku adalah sesuatu yang sambereno. Apakah seseorang itu mampu untuk menunaikan segala apa yang telah dijanjikan? Secara jujur, aku ragu. Aku kira ramai antara kita menyesali apa yang dijanjikan. Dan bergantung kepada individu, dia akan sama ada menunaikan apa yang dijanjikan, meskipun perit. Ada juga individu yang bertindak melupakan apa yang telah dijanjikannya, meskipun dia sedar akan hakikat dia masih lagi tidak menunaikan janji itu. Sebagaimana yang aku perkatakan, ini semua bergantung kepada individu, masing - masing mempunyai cara masing - masing. Dan untuk aku, aku lebih gemar jika tidak mempunyai sebarang janji, dan tanggungjawab yang harus aku lakukan.

Sebab kedua, masa depan. Kita sendiri tidak mengetahui apakah yang akan berlaku pada masa depan. Oleh yang sedemikian, agak pelik, bagi aku, untuk seseorang berjanji tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku kelak. Bagaimanakah untuk kita berjanji menjadi seorang sahabat, sekiranya mungkin, pada masa kelak, kita akan terpisah? Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Itulah antara hukum alam ini. Dan ini bagaikan menjadi kontradiksi untuk seseorang berjanji tidak akan berpisah, dan sebagainya. Masa depan bukanlah sesuatu yang denifit. Ironi, jika seseorang berkata bagaikan masa depan adalah sesuatu yang pasti, pasti dalam ertikata apa yang diucapkan pasti akan berlaku. Kita tidak mampu untuk menilik nasib kita sendiri, oleh yang sedemikian, mengapakah kita perlu untuk bertindak bagaikan nasib kita di masa kelak telah diketahui secara jelas?

Yang ketiga, dan mungkin sebab yang dianggap sebagai kontroversi. Manusia mementingkan diri sendiri. Itu kesimpulan yang dapat aku capai. Berdasarkan premis ini, tak kira apa yang manusia lakukan, kepentingan diri sendiri pasti diutamakan. Contoh yang menarik, kebajikan yang manusia lakukan. Bagi aku, walaupun kebajikan itu kelihatan seperti tindakan yang tidak mementingkan diri, berbuat baik adalah bukti terbaik bahawa manusia itu mementingkan diri sendiri. Manusia melakukan kebajikan kerana dia terasa puas untuk melakukan kebajikan. Dengan melakukan kebajikan, dia mendapat suatu balasan, yakni kepuasan hati. Jika benar melakukan kebaikan itu tidak membawa faedah, mengapakah ada individu yang bertindak melakukan kebajikan? Dari sudut ini, manusia adalah mementingkan diri, meskipun tindakan yang dilakukan membawa faedah kepada orang lain. People response to the incentives, antara prinsip ekonomi yang aku pelajari. Jika sebab adanya insentif untuk melakukan sesuatu barulah seseorang itu melakukan sesuatu, tidakkah ini dilihat sebagai mementingkan diri? Sudut pandangan ini boleh digunakan dalam persahabatan. Jika terdapat perselisihan antara kepentingan peribadi dan kepentingan dalam persahabatan, apa - apa yang dilakukan melambangkan manusia yang mementingkan diri. Dan acap kali, kepentingan diri sendiri itu lebih bermakna daripada sesebuah persahabatan. Jika tiada kepentingan diri dalam persahabatan, mengapa boleh berlaku kes di mana hanya disebabkan pergaduhan, persahabatan boleh putus? Ini sesuatu yang tidak rasional, bagi aku.

OK, aku tidak mampu untuk berkata banyak dalam isu ini. Apa yang aku perkatakan ini hanyalah pendapat diri aku sendiri. Dan pendapat aku boleh jadi salah. Tapi berdasarkan pengalaman hidup aku selama 20 tahun di dunia ini, inilah yang dapat aku simpulkan. Secara jujur, aku berasakan persahabatan pada masa kini hanyalah alat yang digunakan untuk mengisi kekosongan dalam diri sendiri. Oleh yang sedemikian, nilai sebuah persahabatan jatuh. Dan untuk aku, aku tidak mahu nilai persahabatan antara aku dan orang lain menjadi sebegitu murah. Dan untuk itu, aku kira tidak salah jika aku hanya menjadi rakan, dan bukannya sahabat. Paling tidak, nilai persahabatan bagi aku masih lagi kekal.

h1

Wandai Belajar? Tidak!

Mei 27, 2008

OK, bantuan diperlukan. Bagaimanakah untuk menghasilkan suatu suasana untuk aku mula belajar? Secara jujur, aku ada dalam dua minggu lagi untuk peperiksaan akhir semester, dan aku rasa bagaikan aku tak belajar apa - apa lagi.

P/S: Tengok, aku sedang blogging, bukannya belajar.